1. Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah janji-janji*. Haiwan ternakan dihalalkan bagimu, kecuali yang akan disebutkan kepadamu, dengan tidak menghalalkan berburu ketika kamu sedang berihram (haji atau umrah). Sesungguhnya Allah menetapkan hukum sesuai dengan yang Dia kehendaki.
* Janji di sini adalah janji setia hamba kepada Allah dan perjanjian yang dibuat oleh manusia dalam pergaulan sesamanya.
2. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar kesucian Allah*, dan jangan (melanggar kehormatan) bulan-bulan haram**, jangan (mengganggu) hadyu (haiwan-haiwan qurban)*** dan Qalaid (haiwan-haiwan qurban yang diberi tanda)**** dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitul Haram; mereka mencari kurnia dan keredaan Tuhannya*****. Tetapi apabila kamu telah menyelesaikan ihram, maka bolehlah kamu berburu. Jangan sampai kebencian(mu) kepada suatu kaum kerana mereka menghalang-halangimu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat melampaui batas (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah sangat berat siksa-Nya.
* Syi'ar-syi'ar kesucian Allah ialah segala amalan yang dilakukan dalam rangka ibadah haji seperti tatacara melakukan tawaf dan sa'i. Tempat-tempat mengerjakannya, seperti Ka'bah, Safa dan Marwah.
** Bulan haram ialah Zulkaidah, Muharam dan Rejab. Pada bulan-bulan itudilarang melakukan peperangan.
*** Hadyu ialah haiwan yang disembelih sebagai pengganti (dam) pekerjaan wajib yang ditinggalkan, atau sebagai denda kerana melanggar hal-hal yang terlarang mengerjakannya di dalam ibadahhaji.
**** Qalaid ialah haiwan Hadyu yang diberi kalung, agar diketahui orang bahawa haiwan itu telah diperuntukkan untuk dibawa ke Ka'bah.
***** Dimaksud dengan kurnia ialah keuntungan yang diberikan Allah dalam perjalanan, ibadah haji, sedangkan keridaan Allah ialah pahala amalan haji.