128. Dan jika seorang perempuan khuwatir suaminya akan nusyuz* atau bersikap tidak acuh, maka keduanya dapat mengadakan perdamaian yang sebenarnya** dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir***. Dan jika kamu memperbaiki (pergaulan dengan isterimu) dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tidak acuh), maka sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
* Suami bersikap keras terhadap isterinya, tidak mahu menggaulinya dan tidak mahu memberikan haknya.
** Seperti isteri bersedia beberapa haknya dikurangi asal suaminya mahu berbaik kembali.
*** Tabiat manusia yang tidak mahu melepaskan sebahagain haknya kepada orang lain dengan seikhlas hatinya, demikian jika isteri melepaskan sebahagian haknya, maka suami boleh menerimanya.
129. Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isterimu, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkontang-kanting. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha penyayang.
No comments:
Post a Comment