Tuesday, March 5, 2013

Surah Al-Ma'idah (Ayat 6-8)


6. Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan solat, maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kedua kakimu sampai ke kedua mata kaki. Jika kamu junub maka mandilah. Dan jika kamu sakit* atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh** perempuan, maka jika kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan (debu) itu. Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur.

* Sakit yang tidak boleh kena air.
** Menyentuh, menurut jumhur ialah "bersentuhan kulit". Sedang sebahagian mufasir adalah "bercampur sebagai suami isteri".

7. Dan ingatlah akan kurnia Allah kepadamu dan perjanjian-Nya* yang telah diikatkan kepadamu, ketika kamu mengatakan, "Kami mendengar dan kami menaati". Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Maha Mengetahui segala isi hati.

* Perjanjian akan mendengar dan mengikuti nabi dalam segala keadaan yang diikrarkan waktu bai'ah (prasetia).

8. Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Kerana (adil) itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.

No comments:

Post a Comment